4 September 2025 (Khamis) – Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bagi menganjurkan Pertandingan Rekabentuk Membina Baharu Pasar Besar Kuala Pilah.
MoU ini ditandatangani oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP dan Encik Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP bersama Presiden PAM, Ar. Adrianta Aziz dan Ar. Ellina Rahman. Majlis ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Noor Zunita Mohd Ibrahim, EXCO Kerajaan Negeri; Haji Muhammad Shukri bin Zainudin, wakil Parlimen Kuala Pilah; serta Encik Faizal Yong dari Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum (KPKT).
Kerjasama ini dijangka membantu MDKP dalam mendapatkan cadangan rekabentuk pasar yang lebih tersusun dan memenuhi keperluan masyarakat. Pihak MDKP merakamkan penghargaan kepada PAM dan KPKT atas sokongan yang diberikan, dan berharap pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat penduduk Kuala Pilah.




