Prosedur Operasi Standard (S.O.P) Yang Perlu Dipatuhi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bagi Semua Premis Perniagaan (Kedai Makanan & Minuman) Di Bawah Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah
· Menyediakan alat termometer untuk mengukur suhu badan pelanggan masuk ke premis.
· Menyediakan kemudahan “hand sanitiser” pada ruang hadapan premis dan mestilah mudah dicapai oleh pelanggan.
· Menyediakan bahan pencuci meja dan meja perlu dibersihkan setiap kali digunakan.
· Menyediakan buku log untuk merekod kehadiran pelanggan (wajib mengisi nama, nombor telefon dan suhu para pelanggan.
· Peniaga harus mengawal jumlah kemasukan pelanggan ke dalam premis.
· Semua pekerja wajib memakai “face mask” (topeng muka) jarak antara meja makan harus 2 meter/ 6 kaki.
· Meja panjang untuk 3 atau 4 orang sahaja dan tidak boleh melebihi jumlah tersebut.
· Meja bulat untuk 2 atau 3 orang sahaja dan tidak boleh melebihi jumlah tersebut.
· Wajib membuat garisan penjarakan sosial bagi pelanggan yang memilih makanan di kawasan hidangan dan kaunter bayaran.
· Waktu operasi perniagaan bermula dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam.
Prosedur Operasi Standard (S.O.P) Yang Perlu Dipatuhi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bagi Semua Premis Perniagaan (Penjaja & Penjaja Bergerak) (Food Truck) Di Bawah Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah
· Menyediakan kemudahan “hand sanitiser” pada ruang hadapan premis dan mestilah mudah dicapai oleh pelanggan.
· Menyediakan buku log untuk merekod kehadiran pelanggan (wajib mengisi nama, nombor telefon dan suhu para pelanggan.
· Semua pekerja wajib memakai “face mask” (topeng muka). Wajib membuat garisan penjarakan sosial bagi pelanggan yang memilih makanan di kawasan hidangan dan kaunter bayaran.
· Waktu operasi perniagaan bermula dari 7:00 pagi hingga 10:00 malam.
· Pemakluman ini hanya untuk peniaga yang berlesen dengan pihak majlis daerah kuala pilah sahaja.