Malam Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT – Dianugerahkan Tempat Ketiga Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik Kategori Timbalan YDP / Setiausaha

8 November 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah sempena acara dwitahunan iaitu Malam Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT, Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP telah dianugerahkan tempat Ketiga Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik Kategori Timbalan YDP / Setiausaha di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Satu-satunya anugerah yang diterima oleh Kuala Pilah juga mewakili Negeri Sembilan. Beliau juga membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Sijil Penghargaan. Tahniah Setiausaha MDKP.

Setinggi ucapan terima kasih juga di atas sokongan dan panduan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Kepimpinan YAB Dato Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).