( Puan Nawal Binti Mohamed Amin )
Majlis Daerah Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Negeri Sembilan Bersih. Muafakat. Sejahtera.
Terima kasih dan selamat datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP). Portal ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai organisasi dan perkhidmatan MDKP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Pilah serta pelbagai maklumat lain berkaitan daerah ini. Maklumat ini boleh digunakan oleh semua pelanggan MDKP yang terdiri daripada penduduk Kuala Pilah, peniaga, pelancong, pelabur dan pemegang taruh yang lain.
Kami turut mengalu-alukan semua pelanggan untuk melayari dan menggunakan e-Perkhidmatan yang disediakan di portal ini sebagai satu alternatif bagi memudahkan urusan pelanggan dalam mendapatkan khidmat MDKP. Ini merupakan usaha berterusan dalam usaha MDKP menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Pengurusan MDKP berharap semua pelanggan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan benar di portal serta media sosial rasmi MDKP. Kami juga terbuka menerima sebarang cadangan membina daripada para pelanggan dalam menambahbaik perkhidmatan MDKP termasuk sebarang idea bagi penambahbaikan kepada portal ini.
Semoga semua perkhidmatan, kempen dan usaha yang dilaksanakan MDKP dapat disampaikan terus kepada pelanggan yang dihormati serta memberi manfaat yang terbaik.
Salam hormat,
Nawal Binti Mohamed Amin
Yang DiPertua