Bahagian Kewangan dan Hasil

Screenshot 2025 08 06 112206

Nama

Nor Aezreen binti Abdul Aziz

Jawatan

Ketua Bahagian Kewangan dan Hasil

E-mel

noraezreen@mdkp.gov.my

No. Telefon

06-4260014

Pengenalan

Jabatan ini bertanggungjwab bagi segala urusan kewangan Majlis. Ianya meliputi segala kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan kepad semua warga kerja, jabatan-jabatan di dalam Majlis, pembayar cukai serta orang awam dengan cekap, amanah dan berkesan selaras dengan keperluan-keperluan Akta yang diterima pakai dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Fungsi Bahagian

  • Memantau dan melaksanakan kutipan hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
  • Menyelaras terimaan dan bayaran balik cagaran.
  • Menyelaras pengeluaran pesanan kerajaan/bayaran berperingkat.
  • Menyelaras tuntutan pembayaran panjar wang runcit.
  • Menyelaras tuntutan bayaran peruntukan luar diterima.
  • Menyediakan penyata kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun.
  • Menyelaras penyediaan laporan kewangan untuk kerajaan Negeri & Persekutuan.
  • Menyediakan belanjawan tahunan.
  • Menyelaras pergerakan peruntukan belanjawan.
  • Melaksanakan aktiviti Pelaburan Simpanan Tetap dan Pelaburan Jangka Pendek di Institusi kewangan & perbankan yang diluluskan.
  • Menyelaras terimaan tempat letak kereta.
  • Menyelaras kutipan bayaran tempat letak kereta.