Bahagian Korporat 

Ketua Korporat

Nama

Nur Athirah binti Muhamad Darus

Jawatan

Ketua Bahagian Korporat

E-mel

athirah@mdkp.gov.my

No. Telefon

06-4260013

Pengenalan

Bahagian Korporat dan Pelancongan, Majlis Daerah Kuala Pilah, merupakan Bahagian yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran urusan perhubungan awam, pengurusan majlis rasmi, penyelarasan aduan awam serta pemerkasaan sektor pelancongan tempatan. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memperkukuhkan imej Majlis melalui hubungan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan, di samping mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam yang mesra rakyat.

Objektif

  • Menjalin dan memelihara hubungan profesional yang positif antara Majlis Daerah Kuala Pilah dengan pihak dalaman dan luaran termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media serta komuniti setempat.
  • Menjadi saluran komunikasi rasmi yang menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan terkini berhubung dasar, perkhidmatan dan inisiatif Majlis kepada masyarakat umum.
  • Menyokong usaha promosi dan pembangunan pelancongan di Daerah Kuala Pilah secara berkesan dan mampan.

Fungsi Bahagian

  • Pengurusan Aduan Awam
    Menyelaras dan mengurus aduan awam yang diterima oleh Majlis mengikut prosedur piawaian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dengan memastikan setiap aduan diberi maklum balas yang cepat, profesional dan berkesan.
  • Urus Setia Jawatankuasa Permasalahan Rakyat
    Bertindak sebagai urus setia kepada jawatankuasa yang menangani permasalahan rakyat di bawah pentadbiran Majlis, termasuk menyediakan laporan berkala, dokumentasi isu serta tindakan susulan.
  • Pengurusan Perhubungan Awam dan Majlis Rasmi
    Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai bentuk majlis rasmi dan tidak rasmi Majlis seperti pelancaran, perasmian, sambutan, serta majlis keramaian yang melibatkan pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan.
  • Penyediaan dan Pengurusan Bahan Publisiti
    Mengurus penyediaan kenyataan akhbar, artikel promosi, poster digital, dan bahan komunikasi lain untuk disiarkan melalui pelbagai medium termasuk laman web rasmi Majlis, media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok), serta saluran e-mel rasmi.
  • Hubungan dengan Media
    Menjalin kerjasama yang erat dengan pengamal media bagi memastikan liputan positif terhadap aktiviti, program dan dasar Majlis, serta menjadi penghubung dalam menguruskan permintaan liputan dan temu bual rasmi.
  • Pengurusan Kemudahan Majlis
    Menyelaras tempahan, penyelenggaraan dan penyewaan fasiliti Majlis seperti Dewan Orang Ramai dan Mini Stadium Kuala Pilah bagi memastikan penggunaannya yang optimum dan berkesan.
  • Promosi Pelancongan Daerah
    Merancang dan melaksanakan kempen promosi pelancongan melalui penghasilan bahan promosi, penganjuran acara pelancongan, serta penyertaan dalam ekspo atau karnival pelancongan peringkat negeri dan kebangsaan dengan tujuan memperkenalkan Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan bersejarah dan budaya.