|
Nama |
Mohd Rizal bin Mohd Nor |
|
Jawatan |
Ketua Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta |
|
E-mel |
|
|
No. Telefon |
06-4260028 |
Pengenalan
Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta berperanan untuk menjana hasil-hasil yang boleh diperolehi daripada hartanah melalui cukai taksiran, membangunkan harta majlis melalui projek usahasama dengan syarikat swasta dan menguruskan permohonan tanah kerajaan bagi kegunaan majlis.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penilaian (W6) dan dibantu oleh 4 orang Pembantu Penilaian (W2) dan 1 orang Pembantu Tadbir (N1) serta seorang Penghantar Notis (N1). Jumlah kakitangan jabatan ini sehingga tahun 2025 ialah seramai 7 orang kakitangan.
Objektif
Memastikan semua hartanah di dalam Kawasan MDKP dikenakan cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta memberi khidmat nasihat Nilai Hartanah untuk jabatan dalaman MDKP dengan efisien dan berkesan.
Fungsi Bahagian
- Melakukan kerja-kerja penilaian dan menyediakan senarai Nilaian bagi maksud kadaran (Cukai Taksiran) ke atas setiap pegangan persendirian/swasta di dalam kawasan Majlis.
- Menguruskan prosedur undang-undang dalam menguatkuasakan senarai Nilaian.
- Membuat penilaian Caruman Membantu Kadar ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
- Menguruskan cadangan pembangunan diatas Tanah Kerajaan dan Tanah Milik Majlis.
- Membuat penilaian Caj Pembangunan mengikut permintaan dari Jabatan Perancang Bandar MDKP.
- Mengurus permohonan tanah, sewaan tanah, sewaan harta Majlis dan bayaran cukai tahunan bagi tanah-tanah milik MDKP.
- Mengawal selia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata di seluruh Majlis Daerah Kuala Pilah dalam melaksanakan fungsi Pesuruhjaya Bangunan (COB).