|
Nama |
Mohd Rushidi bin Mohd Idris |
|
Jawatan |
Ketua Bahagian Pentadbiran |
|
E-mel |
|
|
No. Telefon |
06-4260008 |
Pengenalan
Bahagian ini merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan penubuhan, pembelian peralatan dan menyelaraskan semua mesyuarat sebagai tambahan kepada mesyuarat lain seperti jawatankuasa kecil, Integriti, Pengurusan dan Perhimpunan Pagi.
Objektif
Untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang meliputi perkhidmatan dan penjawatan selaras dengan pekeliling sedia ada.
Fungsi Bahagian
- Bertanggungjawab kepada penghantaran surat dan dokumen rasmi dikendalikan dengan tepat dan cepat sama ada secara serahan tangan, mel biasa, pos laju/pos berdaftar.
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan aset dan inventori Jabatan/Bahagian Pentadbiran MDKP.
- Bertanggungjawab terhadap pengurusan stor MDKP dengan memastikan bekalan stok setiap tahun adalah mencukupi.
- Menguruskan takwim mesyuarat yang melibatkan mesyuarat dalaman MDKP, Mesyuarat Jawatankuasa Kecil dan Mesyuarat Penuh MDKP setiap bulan.
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan harta benda Majlis melalui kawalan Pengawal Keselamatan yang telah dilantik.
- Menguruskan rekod/fail jabatan dengan teratur berdasarkan Prosedur Pengurusan Rekod yang telah ditetapkan.
- Menjadi Sekretariat Majlis Pelantikan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Pilah.
- Menyediakan perancangan belanjawan tahunan MDKP berkaitan hal-hal di bawah seliaan oleh bahagian pentadbiran.
- Menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan berkaitan perkara yang diselia oleh bahagian pentadbiran.
- Sektretariat bagi Majlis Bersama Jabatan (MBJ MDKP).
- Menguruskan penyelarasan pengumpulan maklumbalas bagi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Sidang Parlimen, Mesyuarat Exco dan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Negeri Sembilan.
- Menguruskan hal ehwal kenderaan Majlis melalui pemanduan yang berhemah dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selesa dan selamat digunakan.