|
Nama |
Ahmad Fauza Bin Jibir Wahab |
|
Jawatan |
Ketua Bahagian Perancang Bandar |
|
E-mel |
|
|
No. Telefon |
06-4260040 |
Pengenalan
Bahagian Perancangan dan Landskap ditubuhkan untuk memastikan pembangunan terancang serta mengelakkan percanggahan guna tanah. Ia terdiri daripada dua unit:
- Unit Perancangan Bandar – Mengawal pembangunan dan menjalankan kajian perancangan.
- Unit Landskap – Bertanggungjawab terhadap pengindahan landskap di Majlis Daerah Kuala Pilah.
Objektif
Merangka pembangunan mampan yang komprehensif untuk mewujudkan suasana persekitaran yang lestari dan kondusif selaras dengan aspirasi kerajaan, rakyat, serta dasar perancangan yang termaktub dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 dan Pelan Strategik MDKP.
Fungsi Bahagian
Bahagian Perancang Bandar
- Mengawal selia dan merancang pembangunan secara sistematik.
- Menyediakan kajian kebolehlaksanaan (fesibiliti) pembangunan.
- Mengurus dan menyediakan maklumat spatial.
- Menguatkuasakan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
- Memberikan khidmat nasihat berkaitan perancangan pembangunan.
Bahagian Landskap
- Merancang, melaksanakan, dan menyelenggara projek pengindahan landskap.
- Menyediakan dan membangunkan kemudahan riadah untuk masyarakat.
- Menawarkan perkhidmatan sewaan bunga dan tanaman hiasan.
- Memberikan khidmat nasihat mengenai reka bentuk serta penyelenggaraan landskap.
- Mengurus inventori aset landskap dan tanaman.