|
Nama |
Wira Syariza bin Tahir |
|
Jawatan |
Ketua Bahagian Pusat Khidmat Setempat (OSC) |
|
E-mel |
|
|
No. Telefon |
06-4260043 |
Pengenalan
Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan sekaligus menigkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan di Pihak Berkuasa Tempatan.
Objektif
- Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.
- Memendekkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
- Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonanpembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Fungsi Bahagian
- Memproses Pelan Baharu dan Pelan Pindaan bagi Permohonan Pelan Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan dan Perparitan, Pelan Bangunan, Pelan Lampu, Pelan Landskap untuk dibawa pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).
- Permohonan Nama Alamat (Nama Taman/Nama Bangunan/Nama Pembangunan (bagi Skim Berstrata)/Nama Jalan dan Nombor Bangunan/Nombor Pintu (bagi Bangunan Bertingkat).
- Keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).
- Notifikasi Mula Kerja Binaan (Kerja Tanah), Notifikasi Mula Kerja Binaan (Kerja Bangunan).
- Memantau Notifikasi Pemeriksaan Interim, Pemeriksaan Akhir I dan Akhir II.
- Urusan Pendepositan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) (Penerimaan Deposit dan Pengedaran CCC).
- Menguruskan Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).
- Memberi khidmat nasihat perundingan kawalan pemajuan berhubung pelaksanaan OSC.
- Memberi khidmat nasihat teknikal dan bukan teknikal yang berkaitan Akta 133, UKBS dan Akta 172 untuk mempertingkatkan prestasi MDKP dalam kawalan pembangunan, pelaksanaan OSC dan CCC.
Fungsi Jawatankuasa OSC
Jawatankuasa OSC dipengerusikan oleh Yang Dipertua MDKP. Jawatankuasa ini mempunyai kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Penuh dan akan bermesyuarat dua kali sebulan. Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat ini ialah:
- Menimbang dan membuat keputusan muktamad terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan kejuruteraan, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.
- Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan perihal tanah berhubung cadangan pemajuan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.
- Menimbang dan membuat perakuan ke atas penerimapakaian dan pelaksanaan undang-undang, peraturan, dasar, rancangan pemajuan, garis panduan, piawaian, arahan pentadbiran dan sebarang kertas dasar yang berkaitan dengan aktiviti pemajuan sama ada yang disediakan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.
- Menimbang dan membuat perakuan ke atas tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172 dan Akta 133 bagi tujuan memantau dan mengawalselia proses pemajuan.
- Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan-permohonan lain yang diletakkan di bawah tanggungjawab OSC.