Bahagian Teknologi Maklumat

Screenshot 2025 08 12 114931

Nama

Imran bin Aluwi

Jawatan

Ketua Bahagian Teknologi Maklumat

E-mel

imran@mdkp.gov.my

No. Telefon

06-4260031

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat mempunyai peranan yang sangat penting dan kompleks di Majlis Daerah Kuala Pilah. Bahagian ini menyelaras hala tuju dan pengurusan ICT secara menyeluruh dalam aspek perancangan dan pelaksanaan ICT di Majlis. Bagi memastikan pencapaian prestasi yang tinggi oleh Majlis, Bahagian Teknologi Maklumat berfungsi sebagai penyelaras hala tuju dan pengurus ICT merangkumi urusan Sistem & Aplikasi, urusan Infrastruktur ICT dan urusan Pentadbiran ICT.

Visi

“Peraju Perkhidmatan Digital ke Arah Bandar Raya Pintar, Mampan dan Sejahtera”.

Misi

Memperkasakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Digital Dalam Semua Aspek Pengurusan dan Perkhidmatan Daerah.

Objektif

  • Melaksanakan urusan hal ehwal sistem dalaman/luaran bagi memantapkan perkhidmatan digital end-to-end dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan di daerah yang menyeluruh.
  • Melaksanakan urusan hal ehwal infrastruktur ICT bagi memantapkan infrastruktur ict dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan kesediaan infrastruktur berteknologi terkini yang selamat.
  • Melaksanakan tadbir urus ICT bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan ICT dan mengukuhkan polisi & prosedur ICT secara berterusan bagi meningkatkan kualiti sistem.

Fungsi Bahagian

  • Menyelaras dan merangka hala tuju pengurusan sistem dan aplikasi ICT merangkumi sistem dalaman dan luaran.
  • Menyelaras dan merangka hala tuju pengurusan infrastruktur ICT merangkumi peralatan ICT, pusat data DC, Aduan ICT, perisian dan WIFI dalaman/luaran.
  • Menyelaras dan melaksanakan Inisiatif Bandar Pintar (Smart City) merangkumi pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Apps, Sistem Perkhidmatan Online, Inisiatif Bandar Selamat (CCTV), Digital LED Billboard.
  • Menyelaras dan merangka hala tuju pentadbiran ICT merangkumi tadbirurus dan keupayaan ICT.