Muat Turun Borang

Bahagian Pusat Setempat (OSC)

Sistem OSC 3.0 Plus adalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP)/ Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian (online), membolehkan Agensi Teknikal mengulas permohonan secara maya dan seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini.

Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi tracking status permohonan dan Command, Control, Communications, Computers, and Intelligence (C4I).

1) Capaian Sistem OSC 3.0 Plus 

Sistem OSC 3 Plus Online MDKP boleh dicapai melalui pautan: https://osc3plus.kpkt.gov.my/pbt/MDKP​

2) Tarikh Kuatkuasa

2 Januari 2021

3) Manfaat Penggunaan Sistem 3 Plus 

  1. Operasi perkhidmatan secara 24 jam tanpa henti;
  2. Pusat Pemantauan prestasi PBT, Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan Pemohon melalui C4I;
  3. Kecekapan Koordinasi antara PBT, ATL dan Pemohon;
  4. Paperless dan hapus edaran hardcopy;
  5. Minimakan transaksi in-person;
  6. Merekod transaksi pengguna (users) secara digital; dan
  7. Pantau status permohonan secara real time

4) Jangkamasa Kelulusan Permohonan Melalui Sistem 3 Plus 

Sebelum

(Sistem OSC Online)

Jenis Permohonan

Selepas

(Sistem OSC 3.0 Plus)

34 – 104 hari

Skala Kecil

30 – 48 hari

107 – 255 hari

Skala Sederhana

57 – 99 hari

363 – 1,378 hari

Skala Besar

min. 300 har

5) Kelebihan Sistem OSC 3.0 Plus untuk pemohon berbanding Sistem OSC Online sedia ada

  1. Pendaftaran pemohon hanya dilakukan sekali sahaja dan pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana PBT yang disenaraikan berbanding Sistem OSC Online sedia ada yang mengkehendaki pihak pemohon mendaftar di setiap PBT;
  2. Sistem OSC 3.0 Plus mempunyai fungsi simpanan setiap aktiviti yang dilakukan oleh PSP/SP, kakitangan OSC, ATD, ATL dan keputusan;
  3. Sistem OSC 3 Plus menyediakan pembayaran secara atas talian dan di kaunter.

6) Maklumat Keterangan Lanjut

Unit Pusat Setempat (OSC): 06-4260045

e-mel: oscmdkp@gmail.com

Manual Pengguna

Piagam Pelanggan Baharu

Bahagian Pusat Setempat (OSC)

pdf

Manual Pengguna OSC 3.0 Plus

Size: 762.93 KB
Hits: 359
Date added: 14-04-2025
pdf

Cadangan Penambahbaikan Dasar Pembangunan Negeri Sembilan

Size: 1.95 MB
Hits: 170
Date added: 14-04-2025

Permohonan Lesen Perniagaan

Ianya merupakan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh Bahagian Kesihatan dan Perlesenan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) bagi memudahkan warga Kuala Pilah untuk melaksanakan pembaharuan lesen perniagaan terus secara dalam talian tanpa perlu hadir ke MDKP.  

Syarat-Syarat Permohonan Lesen

Jenis-Jenis Lesen Perniagaan yang Boleh di Pohon Secara Atas Talian:

BIL JENIS LESEN FI  TEMPOH SAH LAKU TERMA DAN SYARAT PELESENAN MUAT TURUN BORANG MOHON ATAS TALIAN
1

Lesen Penjaja

(Pasar Malam/ Bergerak / Statik Sementara / Pasar Sehari / Buah-Buahan Bermusim

RM84.00

1 Tahun

(1 Januari sehingga 31 Disember)

Permohonan Baharu:

1. 1 Salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia (SSM)

2. 3 Keping gambar pemohon berukuran pasport

3. 1 Salinan Kad Pengenalan pemohon

4. Surat kebenaran tuan tanah

5. Salinan cukai tanah pemilik

6. 1 Salinan Kad Pengenalan pemilik

Permohonan Pembaharuan

1. Lesen asal tahun sebelumnya

2. 1 keping gambar pelesen berukuran pasport

Muat turun Mohon
2

Lesen Premis Perniagaan dan Papan Iklan

(Premis Perniagaan / Papan Iklan/Luar (Billboard) / Iklan Jangka Pendek dan Sementara)

1. Fi lesen premis RM250.00-RM300.00

2. Fi lesen iklan tidak berlampu RM50.00 (10MP) pertama); tambahan RM5.00 (setiap MP bagi iklan yang melebihi 10MP)

3. Fi lesen iklan berlampu RM60.00 (10MP pertama); tambahan RM6  (setiap MP bagi iklan yang melebihi 10MP)

4. Fi proses permohonan RM30.00-RM60.00

1 tahun

Permohonan Baharu

1. Salinan Kad Pengenalan / Passport

2. Salinan Pendaftaran Perniagaan / Pendaftaran Syarikat (M&A, BORANG 24 & BORANG 49)

3. Gambar berukuran passport (2 keping)

4. Salinan geran tanah

5. Salinan cukai harta

6. Salinan cfo / ccc / permit sementara bangunan

7. Salinan perjanjian sewa (stamping)

8. Salinan visual papan iklan (diperakui oleh dbp)

9. Salinan surat sokongan bomba

Muat turun Mohon

Permohonan Lesen Perniagaan Lain-Lain

Bagi lesen perniagaan yang tidak dinyatakan di atas, pemohon perlulah datang ke Majlis Daerah Kuala Pilah bagi urusan ini. 

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan e-Lesen ini, sila hubungi

Bahagian Kesihatan dan Perlesenan di talian 06-4260020

Permohonan Lesen Perniagaan

pdf

Borang Permohonan Lesen Perniagaan

Size: 205.58 KB
Hits: 304
Date added: 08-08-2025

Penilaian

Penilaian

pdf

BORANG PERTUKARAN NAMA PEMILIK HARTA

Size: 99.38 KB
Hits: 168
Date added: 14-04-2025
pdf

BORANG PERTUKARAN ALAMAT HARTA

Size: 46.44 KB
Hits: 125
Date added: 14-04-2025

Pendaftaran Kontraktor/Pembekal

Pendaftaran Kontraktor/Pembekal

pdf

Pendaftaran Kontraktor:Pembekal

Size: 241.53 KB
Hits: 189
Date added: 14-04-2025

Sewaan Iklan di Led Billboard
Sewaan ruang iklan di Led Billboard, Dataran Kuala Pilah telah dibuka kepada yang berminat untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan. Borang permohonan, jadual harga dan syarat-syarat boleh disemak di sini.
Led Billboard


Koordinat Lokasi : 2.734777, 102.236112

PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN – KLIK SINI

Makluman :

1) Untuk bantuan dan penerangan lanjut boleh menghubungi Bahagian Teknologi Maklumat di   

    nombor 06-4260033

2) Kadar yang dipaparkan hanya untuk sewaan iklan bagi agensi swasta/pertubuhan. Jabatan  

    Kerajaan dan Badan Berkanun boleh berhubung terus dengan Bahagian Teknologi Maklumat,  

    MDKP.

Sewaan Iklan di Led Billboard

pdf

TERMA & SYARAT PERMOHONAN

Size: 303.66 KB
Hits: 152
Date added: 14-04-2025
pdf

SENARAI HARGA & PAKEJ

Size: 282.62 KB
Hits: 148
Date added: 14-04-2025
pdf

BORANG PERMOHONAN

Size: 726.61 KB
Hits: 159
Date added: 14-04-2025