[SEBUT HARGA @ MDKP]
Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G2 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:
Projek :
1. MENAIK TARAF PAGAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI STADIUM MINI KUALA PILAH, MD KUALA PILAH
2. MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF KOMPENEN-KOMPENEN KIOSK SEDIA ADA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH, MD KUALA PILAH
3. MENAIK TARAF LALUAN PEJALAN KAKI DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PILAH PERDANA, MD KUALA PILAH
Lawatan Tapak :
Tarikh : 5 Mei 2025 (Isnin)
Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bandaran MDKP
Taklimat : 9.00 Pagi
Tarikh Tutup :
13 Mei 2025 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

