Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD)Daerah Kuala Pilah Bil. 1/2026

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kuala Pilah Bilangan 1 Tahun 2026
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kuala Pilah Bilangan 1 Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

📍 Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah
📅 Tarikh: 09 April 2026
🕥 Masa: 10.30 pagi

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah selaku Pengerusi MTMD Daerah Kuala Pilah.

Turut hadir Puan Wan Maisarah Wan Abu Mansor, Penolong Pengarah (Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, AADK Negeri Sembilan) selaku wakil kepada Pengarah AADK Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu semasa berkaitan penyalahgunaan dadah di daerah Kuala Pilah, termasuk status jenayah berkaitan dadah serta laporan kadar penagihan dan pemulihan. Selain itu, turut dibentangkan cadangan program dan inisiatif pencegahan bagi memperkukuh usaha membanteras gejala dadah melalui kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkasakan tindakan bersepadu dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta membendung ancaman dadah di daerah Kuala Pilah.

AADK Daerah Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya rakan-rakan strategik yang komited dan sentiasa berganding bahu dalam usaha memerangi gejala dadah ini.

“Rugi Kalau Terjebak”

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari
icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.