Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Pilah Berakhir 31 Disember 2024

12 November 2025 (Rabu) – Puan Nawal Binti Mohamed Amin selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan, Mohd Iskandar Amran atas kesudian beliau mempengerusikan Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Pilah Berakhir 31 Disember 2024.

Turut hadir bersama Encik Mohd Azril Hisyam Bin Che Makhtar Ketua Audit Dalam Negeri Negeri Sembilan, Cik Nur Salihah Nadia Binti Mohd Fauzi Akauntan Bahagian Kewangan Bahagian Kerajaan Tempatan dan Encik Amin Jamail Bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP, Ketua-ketua Bahagian serta kakitangan yang dijemput hadir.

Semasa tempoh pengauditan dilaksanakan pihak oleh Pasukan Audit dari Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan telah banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat bagi tujuan penambahbaikan terhadap Pengurusan wang awam MDKP terutamanya dalam merekod kedudukan dan prestasi kewangan serta aliran tunai selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dan keperluan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Pihak Majlis mengambil maklum atas segala teguran dan kelemahan akan diperbaiki oleh pihak kami dari masa ke semasa supaya setiap wang awam yang diterima akan diuruskan dengan teliti, cekap dan amanah dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan dalam Pengurusan Wang Awam Majlis Daerah.

Semoga dengan segala tunjuk ajar dan nasihat serta sokongan pihak Jabatan Audit Negara ini dapatlah Majlis Daerah Kuala Pilah mengekalkan Sijil Bersih bagi Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2024.