MENU

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2024 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

Bil Rujukan MDKP No. Sebut
harga
Projek Gred & Pengkhususan Tarikh Tutup
/Jam
Harga Dokumen
1. MDKP.NS
04.400-7/2024
-060
S024/2024 MEMBINA BAHARU
TANDAS AWAM DI GERAI MINI STADIUM SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN, MD KUALA PILAH
CIDB GRED G1
Kategori : B,CE Pengkhususan B04 dan CE21
28
Ogos
 (RABU) 2024 @ 12.00 t/hari 
RM 50.00
S025/2024 MENAIK TARAF TANDAS AWAM DI DEWAN BANDARAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN, MD KUALA PILAH
2. MDKP.NS 04. 400-7/2024-061

2.0       Lawatan Tapak:
- Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak

                        Tarikh              :        21 Ogos 2024

                        Pendaftaran     :        9.00 pagi - 10.00 pagi

                        Tempat           :        Dewan Bandaran MDKP.

                        Taklimat         :        9.00 pagi.

3.0       Syarat:

 3.1        Hanya  kontraktor  yang  berdaftar  dengan  Majlis  Daerah  Kuala  Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.

           3.2        Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.

           3.3        Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

           3.4        Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

           3.5        Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan.

           3.6        PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/TERBATAL dan lapporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

           3.7       DOkumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

           

4.0      Dokumen Sebutharga

4.1        Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijuak dengan kadar : RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

4.2        Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 22hb Ogos 2024 (Khamis) sehingga 27 Ogos 2024 (Selasa) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

5.0      Tarikh Tutup:

28hb Ogos 2024 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.0     Majlis tidak terikat uintuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.

7.0     TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang  diarahkan oeh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.

8.0      Kerjasama dan penertaan tuan diucapkan terima kasih.