1. Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Kuala Pilah akan mengadakan jualan lelong aset seperti berikut:-
Tarikh : 14 Februari 2025
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Stor Ulu Maasop, Senaling
2. Senarai aset yang akan dilelong adalah seperti di KEW.PA-31. Semua aset boleh dilihat pada tarikh 12 Februari 2025 sehingga 13 Februari 2025 di kawasan Stor Ulu Maasop, Stor Majlis Daerah Kuala Pilah di antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
3. Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:-
(i) Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
(ii) Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, No. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan. Kaedah pembayaran adalah tunai sahaja.
(iii) Deposit lelongan bagi pembida yang berjaya tidak akan dipulangkan untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan.
(iv) Penawar harga tertinggi adalah pembida yang Berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula.
(v) Jabatan berhak mengubah susunan jualan tersebut di senarai KEW.PA-31 dan menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut.
(vi) Semua aset adalah dilelong sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).
(vii) Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
(viii) Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri.
(ix) Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa jualan dilakukan.
(x) Pembida yang berjaya perlu menjelaskan baki bayaran selepas ditolak dengan wang pendahuluan yang telah dibayar ketika sesi lelongan diadakan.
(xi) Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan secara tunai.
(xii) Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya.
(xiii) Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset boleh dikeluarkan dari premis Majlis Daerah Kuala Pilah.
(xiv) Pembida dikehendaki mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis sekiranya terdapat pelanggaran peraturan, pihak Majlis berhak membatalkan bidaan yang disertai. Keputusan bidaan adalah muktamat.
(xv)Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Normaslina Binti Mohd Idris di talian 012-8079729.