MENU

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

Bil

Rujukan MDKP

No.

Sebut

harga

Projek

Gred & Pengkhususan

Tarikh Tutup

/Jam

Harga Dokumen

1.

MDKP.NS 04.400-7/2025

-34

 S13/2025

MENAIK TARAF TAPAK KIOSK DI JALAN PERPATEH SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PILAH PERDANA, MD KUALA PILAH

Kategori : CE

 

Pengkhususan

 

CE21

13

Mei

(Selasa)    2025

@

 12.00 t/hari

RM 50.00

 

2.0       Lawatan Tapak:

     - Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai  lawatan tapak

 

                   Tarikh              :          5 Mei 2025 (Isnin)

                   Pendaftaran    :           10.00 pagi -10.30 pagi

                   Tempat            :           Dewan Bandaran, MDKP

                   Taklimat          :           10.00 pagi

 

3.0       Syarat:

3.1       Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.

3.2       Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan.  HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tersebut dan wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.

3.3       Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

3.4       Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

3.5       Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan

3.6       PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.    

3.7       Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.  Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

 

4.0.      Dokumen Sebutharga

4.1       Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).   

4.2       Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 6hb Mei  2025 (Selasa) sehingga 9hb Mei 2025 (Jumaat) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.   

 

5.0.      Tarikh Tutup:

            13 Mei 2025 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke  dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.0       Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.

7.0       TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.

 


8 Mei 2025 - 9:32am