MENU

Permohonan  adalah  dipelawa  kepada  WARGANEGARA  MALAYSIA  dan  keutamaan  diberi  kepada  RAKYAT
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
yang berkelayakan dan BERUMUR TIDAK KURANG 18 TAHUN pada tarikh iklan ditutup untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Sijil Pelajaran Malaysia

2. Keutamaan kepada calon yang mempunyai  Lesen Memandu Kelas B atau D dan memiliki tahap kesihatan yang baik.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan.

4. Permohonan  hendaklah  menggunakan   BORANG  PERMOHONAN   JAWATAN  DALAM  PERKHIDMATAN MDKP   yang  diperolehi  secara  PERCUMA  di   Kaunter   Pertanyaan,    Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat mulai dari tarikh jawatan diiklankan iaitu  21 FEBRUARI 2022 (ISNIN) atau muat turun di laman web rasmi MDKP.

5. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti  Pegawai  Kerajaan  Kumpulan  A  (Pengurusan   dan  Profesional),   Pegawai  Kumpulan  Sokongan  1, Penghulu,  Jaksa  Pendamai,  Pesuruhjaya  Sumpah,  Pengerusi  Majlis  Pengurusan  Komuniti  Kampung  (MPKK) dan setaraf dengannya beserta gambar berukuran passport.

6. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut :

     a.    MyKad / Kad Pengenalan diri;
     b.    Sijil Kelahiran / Surat Beranak;
     c.    Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
     d.    SPM/SPMV/SVM atau setaraf
     e.    Sijil Berhenti Sekolah
     f.     Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport;
     g.    Dokumen-dokumen sokongan yang lain iika ada)

7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga dengan setiap keputusan temuduga adalah muktamad.