1. Permohonan dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.
2. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
LOKASI |
NO.GERAI |
Pasar Awam Baru Kuala Pilah |
6,7,14,21,22,24,31,39,40,42,44,47,48,54, 55,58,62,63,66,67,68,69,70,72,75,76,78,79 dan 97 |
Pasar Awam Lama Kuala Pilah |
42,43,46,48 dan 53 |
Gerai Babi Pasar Awam Lama Kuala Pilah |
2,3,4,5,6,7,8,9 dan 11 |
Bazar 1 Malaysia |
16,21 dan 24 |
R&R Jemapoh |
2 |
Pasar Awam Juasseh |
G2,G3 2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15, dan 16 |
Pasar Awam Johol |
3,4 dan 10 |
Medan Selera Johol |
3 |
Gerai Buah – Buahan Ulu Bendul |
10 |
Arked Parit Tinggi |
1,2,3,4,5,6 dan 7 |
Gerai Ayam Panggang |
3 dan 4 |
Pusat Penjaja Juasseh |
7 dan 12 |
Pusat Penjaja Belango Waghih |
1,6,13,15 dan 16 |
Kedai Simpang Pelangai |
1& 2 |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
1. Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.
2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma.
3 Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut:
a) 1 salinan kad pengenalan.
b) 3 keping gambar berukuran passport.
c) 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (jika ada).
d) 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada).
e) 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).
4. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 bagi satu permohonan.
5. Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 19 Julai 2024. Borang yang dihantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.
6. Sebarang pertanyaan/maklumat lanju( sila hubungi: No.teI. 06-4841280 (Bahagian Pelesenan)