1. Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan pengkhususan berkaitan serta masih dibenarkan membuat sebut harga pada masa ini untuk menjalankan perkhidmatan.
2. Kod Bidang : 221615 - Perkhidmatan/ Percetakan (Dikhaskan kepada 100% bumiputera)/Rekabentuk Percetakan (Printing Design)
3. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah di bawah tanggungjawab pembekal.
4. Syarikat yang ingin memasuki Sebut Harga hendaklah menyediakan Wang Tunai / Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Draf yang dibuat atas nama "YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH" dan bayaran dokumen sebut harga tidak akan dikembalikan.
5. Wakil syarikat hendaklah membawa surat wakil yang sah beserta SIJIL ASAL semua dokumen seperti yang disyaratkan :
i. Sijil asal pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
ii. Sijil asal pendaftaran pembekal Majlis Daerah Kuala Pilah.
6. Dokumen sebut harga hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender A di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meletakkan Tajuk Sebut Harga di kiri sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada :
BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN PENTADBIRAN
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
7. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada sebut harga yang tidak berjaya.
8. Sekiranya dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak Majlis Daerah Kuala Pilah maka tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
9. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urus setia Bahagian Korporat di talian 06-4812075 dan fax 06-4811042.