MENU

Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G2 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2024 bagi menyertai sebutharga bagi kerja - kerja di bawah:-

Bil

Rujukan MDKP

No.Sebutharga

Projek

Gred & Pengkhususan

Tarikh Tutup

/Jam

 

Harga Dokumen

1

MDKP.NS

04.400-7/2024      -015

 

S005/2024

MENAIK TARAF PENCAHAYAAN LAMPU LED DI JALAN SEREMBAN-KUALA PILAH (JALAN MELANG ) FASA 1, MD KUALA PILAH

GRED G2

Kategori : E

Pengkhususan

E04, E11, E16 & E17

24

April

(Rabu)

2024

@

12.00

t/hari

 

RM50.00

2

MDKP.NS

04.400-7/2024      -020

 

S010/2024

MENAIK TARAF BUMBUNG DAN KERJA LAIN BERKAITAN DI MEDAN SELERA KUALA PILAH, MD KUALA PILAH

GRED G2

Kategori :B CE

Pengkhususan

B04, B15, CE21

 

 

2.0 Lawatan Tapak:

Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak

          Tarikh              :    16hb April 2024 (Selasa)

          Pendaftaran     :    10.00 pagi - 10.30 pagi

          Tempat            :    Dewan Bandaran MDKP

          Taklimat          :    10.00 pagi

3.0 Syarat:

3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja yang layak menyertai sebutharga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebutharga

3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN

3.3 Hendaklah membawa sijil - sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP

3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang

3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebutharga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan

3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB), PKK (CIDB), STB (BPKU) dan lain - lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang - undang

3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran

4.0 Dokumen Sebutharga

4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G2 dijual dengan kadar : RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 17hb April 2024 (Rabu) sehingga 23hb April 2024 (Selasa) pada pukul 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari dan 2:00 petang hingga 4:00 petang

5.0 Tarikh Tutup

24hb April 2024 (Rabu) jam 12:00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan  (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah

6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana - mana sebutharga yang berpatutan