TEMPAT MENARIK DAN BERSEJARAH
Perkataan 'megalitik' yang berasal dari perkataan Greek 'mega' yang membawa maksud besar dan 'lithos' iaitu batu, boleh didefinasikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah secara bersendiri dan berpasangan. Penemuan batu megalitik di sekitar negeri ini merupakan tanda perkembangan penempatan masyarakat awal yang menjadikannya sebagai tempat pemujaan, selain menaruh pelbagai kepercayaan yang diyakini mampu mempengaruhi ekonomi (pertanian) serta kebudayaan masyarakat ketika itu. Pada ketika itu juga, masyarakat yang bergantung terhadap pertanian sebagai sumber ekonomi utama mempercayai bahawa penyembahan serta pemujaan batu megalitik mampu membantu mereka untuk memperoleh tanaman yang subur," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya, batu-batu megalitik yang merupakan monumen bersejarah itu turut digunakan sebagai tempat masyarakat dahulu berkumpul dan mengadakan persembahan tradisi untuk tujuan riadah. Antara tapak megalitik yang dikenal pasti di sekitar negeri ini ialah Pengkalan Kempas, Kuala Pilah, Kampung Ipoh dan Pulau Sebang di Tampin, Lembah Terachi, Kuala Pilah, Kampung Gedang, Kampung Padang Lebar, Kampung Kundangan Kiri, Kampung Masjid, Kampung Parit Tengah dan Kampung Talang - kesemuanya dalam mukim Terachi (Tampin-Kuala Pilah).