Permohonan Lesen Papan Tanda, Kain Rentang dan Bunting
BIL |
JENIS IKLAN |
KADAR DEPOSIT (LAMA) (RM) |
KADAR DEPOSIT (CADANGAN) (RM) |
1 |
Papan Tanda |
RM250.00 bagi setiap unit. |
RM1,000.00 bagi setiap unit. |
2 |
Kain Rentang |
RM10.00 bagi setiap helai. |
RM100.00 bagi setiap helai. |
3 |
Bunting/Iklan Kecil |
RM20.00 bagi 100 iklan pertama dan RM10.00 bagi tambahan 100 iklan atau sebahagian daripadanya. |
RM200.00 bagi 100 iklan pertama dan RM150.00 bagi tambahan 100 iklan atau sebahagian daripadanya. |
Syarat-syarat pemasangan Sebarang Bentuk Iklan :
1. Tempat yang dibenarkan untuk pemasangan iklan seperti kain rentang dan bunting adalah pada tiang- tiang elektrik yang terdapat di tepi dan tengah jalan.
2. Iklan yang dipasang dengan cara mengikat pada tiang elektrik sama ada menggunakan dawai dan tali sahaja.
3. Iklan pada perenggan (1) adalah dilarang sama sekali dipasang pada batang-batang pokok.
4. Iklan yang dipasang tidak boleh menganggu lalu-lintas atau menghalang pandangan awam.
5. Pemilik iklan perlu memastikan setiap iklan yang dipasang sentiasa berada pada kedudukan yang kemas dan baik sepanjang masa yang telah dibenarkan.
6. Had masa pemasangan iklan adalah tidak melebihi 30 hari sahaja.
7. Kegagalan membuka dan menurunkan semula iklan yang telah dipasang selepas daripada tarikh yang dibenarkan akan menyebabkan pemilik kehilangan wang deposit.
8. Setiap pemasangan papan tanda di tepi-tepi jalan perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Jabatan Kerjaraya Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Tanah daerah Kuala Pilah terlebih dahulu.
9. Kegagalan pemilik iklan mematuhi arahan seperti yang telah diterangkan di atas boleh menyebabkan Majlis menurunkan/membuka/merobohkan iklan tersebut dan wang deposit yang telah dibayar akan menjadi milik Majlis.