MAKLUMAT AM PERMOHONAN KELULUSAN PELAN KERJA TANAH / LAMPU JALAN / JALAN DAN PERPARITAN
Tanah-tanah yang memasuki longkang-longkang awam hendaklah dibersihkan setiap masa.
Tanah yang dipotong dan ditambak hendaklah diratakan dengan kemas.
Laluan jalan keluar / masuk sementara yang melintas longkang-longkang awam hendaklah dibina di atas pembentungan konkrit untuk mengelakkan halangan terhadap pengaliran air longkang.
Peralatan-peralatan "WASHING PIT" dan "WATER PRESSURE JET" hendaklah disediakan untuk mencuci tayar-tayar lori sebelum memasuki jalan-jalan awam dan untuk mencuci jalan-jalan awam.
Laluan-laluan air yang memasuki parit-parit awam hendaklah dipasang "silit trap" yang terdiri dari guni-guni pasir.
Papan tanda-papan tanda lalulintas yang piawai seperti "AWAS", "LORI MENGANGKUT TANAH DIHADAPAN", "KURANGKAN LAJU" dan sebagainya perlu disediakan dengan secukupnya di setiap simpang masuk dan keluar laluan kenderaan.
Pihak tuan dikehendaki menyenaraikan kepada Pihak Majlis nombor-nombor pendaftaran lori-lori yang akan digunakan.
Segala kotoran yang jatuh dari lori-lori pihak tuan hendaklah dibersihkan dengan segera dan sempurna.
Pihak Majlis tidak bertanggungjawab terhadap segala rupabentuk kemalangan semasa kerja-kerja mengangkut dilaksanakan.
Semua kenderaan yang digunakan untuk kerja-kerja mengangkut hendaklah berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna serta mematuhi ketetapan-ketetapan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk tujuan ini adalah dilarang membawa muatan lebih dari yang dihadkan dan hendaklah ditutup dengan 'CANVAS' dengan baik dan sempurna.
Maklumat-maklumat berkenaan dengan nama projek, nama pemborong, nama pemilik dan sebagainya hendaklah dinyatakan di papan tanda di atas tapak projek.
Mana-mana harta Majlis yang rosak, cacat atau terjejas hendaklah dibaiki sehingga memuaskan pihak Majlis.Sekiranya pihak Majlis tidak berpuashati terhadap kerja-kerja baikpulih tersebut, kami akan membaikinya sendiri dengan kos perbelanjaannya akan dikenakan kepada pihak tuan.
Pihak tuan adalah tertakluk kepada mana-mana Undang-Undang Kecil Majlis dan dikehendaki mematuhinya dari masa ke semasa.
Langkah - langkah 
<< Kembali
|