MENU

PENGENALAN

image

enlightenedD e f i n i s i

  • Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial & mental.
  • Ancaman fizikal – cth : pecah rumah, merosakkan harta benda & kemalangan.
  • Ancaman sosial & mental – cth : gejala ragut, penagihan dadah, rasuah & kecurian.

enlightenedM a t l a m a t
Mewujudkan persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat.
Kesimpulannya konsep bandar selamat adalah penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera & sihat.
 

LATAR BELAKANG

  • Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat.
  • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf Majlis Bandaraya dan Perbandaran untuk melaksananakan Program Bandar Selamat. Sejajar dengan pembangunan komuniti yang lebih selamat, aman dan bersatu padu, Kerajaan telah memperkenalkan pengurangan jenayah sebagai satu Bindang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
  • Pada Disember 2011, pihak Kementerian telah mengarahkan supaya semua PBT melaksanakan Program Bandar Selamat
  • Majlis Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan Program Bandar Selamat pada tahun 2010

LANGKAH & STRATEGI || 
KAWASAN PERSEMPADANAN || 
LANGKAH PENCEGAHAN || 

BUKU PROGRAM BANDAR SELAMAT