MENU

LESEN

   
1.  Bolehkah seseorang itu menjalankan perniagaan di kawasan Majlis Daerah Kuala Pilah ?
  Boleh, dengan syarat seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan mestilah terlebih dahulu mempunyai lesen yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah.
   
2.  Apakah langkah yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk memperolehi lesen premis perniagaan ?
  Mengisi borang yang boleh didapati di bahagian Pelesenan Majlis Daerah Kuala Pilah dengan harga RM3.00.
   
3.  Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah ?
  Jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah ialah Lesen Perniagaan Kilang / Tred / Penjaja, Lesen Perniagaan Pusat Hiburan dan Lesen Perniagaan Gerai / Pasar.
   

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Memperbaharui Lesen

1.  Satu keping gambar berwarna berukuran passport.
2.  Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba).
3.  Salinan Sijil Kursus Asas Pengendali Makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja).
4.  Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja).
5. 

Salinan Bil Cukai Taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua.

6.  Lesen asal / lesen papan iklan (tahun semasa).
7.  Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM)

 

  Syarat-Syarat Permohonan
   
1.  Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2.  Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
 
  • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik).
  • 1 salinan Kad Pengenalan / passport pemohon.
  • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (jika berkenaan).

 

  Syarat-Syarat Kelulusan
   
1.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan (development order- DO).
2.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF).
3.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan.
4.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan bomba Malaysia.
 
  • Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran.
  • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan.
  • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

 

  Syarat-Syarat Lesen
   
1.  Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatat dalam lesen.
2.  Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah dilihat.
3.  Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
4.  Bangunan premis yang dilesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut.
5.  Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada di dalam /di luar bangunan.
6.  Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
7.  Tong sampah yang mencukupi disediakan dan sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
8.  Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah dilarang.
   
 

---------------------------------------

Pegawai untuk dihubungi :

Nama : Noor Aniza binti Hassan
Bahagian : Kesihatan Awam dan Pelesenan
No.Telefon : 06-4812075

Emel : nooraniza@mdkp.gov.my