Operasi Tunggakan Cukai Taksiran (SITAAN)

12 November 2025 (Rabu) – Operasi Tunggakan Cukai Taksiran telah dijalankan oleh Bahagian Penilaian dan Harta serta di bantu oleh Unit Susulan Kredit, Bahagian Penguatkuasa serta Bahagian Teknologi Maklumat.

Kawasan yang terpilih pada kali ini ialah Taman Rasa Sayang dan Taman Desa Permai Selaru serta kawasan perumahan sekitar Daerah Kuala Pilah.

Operasi ini dijalankan dalam masa 3 hari bermula 11 November 2025 hingga 13 November 2025. Sila jelaskan cukai taksiran anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil dan aset harta alih anda disita.