







Pelaksanaan ibadah korban telah berjaya disempurnakan pada hari Khamis, 11 Zulhijjah bersamaan Hari Raya Aidiladha kedua dengan lancar dan teratur. Program ini merupakan anjuran Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) bersama Kelab Sukan dan Kebajikan MDKP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YAPEIM).
Seekor lembu korban telah disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) untuk diagihkan kepada kakitangan MDKP. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak YAPEIM atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan ibadah korban pada tahun ini.
Antara peserta korban yang terlibat ialah:
- Tengku Nur Eireen Emylia Binti Tengku Adam Amry
- Mohamad Firdaus Bin Mohd Sujod
- Mohd Sherza Bin Mohd Rahim
- Ropiah Binti Kassim
- Normaslina Binti Mohd Idris
- Zakiah Binti Zakaria
- Siti Nadhirah Binti Razally
Semoga segala amal kebajikan dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Diharapkan program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MDKP.