PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENILAIAN SEMULA DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH-NO. 001/2024

Tender adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Perunding Penilaian yang berdaftar dengan Kementerian  Kewangan di bawah Kod Bidang 340403 (Penilaian Harta/Hartanah) dan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia yang masih sah untuk menyertai perkhidmatan berikut :

Butir-Butir Tawaran Tajuk Bekalan / Perkhidmatan Kementerian Kewangan / Tajuk kod Harga Dokumen Tarikh dan Masa Dokumen
mulai dijual
Tarikh dan masa sebutharga
ditutup
No tender :
NO 001/2024
Pelaksanaan kerja-kerja Penilaian Semula dalam kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah Kementerian kewangan – Tajuk kod
340403 –
Penilaian Harta/Hartanah
RM100.00
(Setiap satu dalam bentuk draf bank / kiriman wang
/ wang pos
1 Julai 2024
(Isnin) – 26
Julai 2024 (Jumaat)
8.30 Pagi –
4.00 Petang

29 Julai
2024 (Isnin)
 

12.00
tengah hari

 

2.    Kehadiran sesi taklimat adalah diwajibkan dan hanya penama di dalam sijil akuan pendaftaran syarikat dan yang berdaftar dengan Majlis sahaja yang boleh menghadiri taklimat. Sesi taklimat tersebut akan diadakan seperti berikut :

       Tarikh             :  1 Julai 2024 (Isnin)

       Pendaftaran    : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi

       Tempat           :  Bilik Mesyuarat MDKP 

       Taklimat         :  10.00 Pagi

3.    Hendaklah membawa dan menunjukkan kepada urusetia sijil SSM yang sah, sijil SKM (Kementerian Kewangan) mengikut kod bidang yang ditentukan dan juga sijil di bawah Lembaga Penilai dan Pentaksir & Ejen Hartanah Malaysia semasa menghadiri taklimat dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

4.    Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 1 Julai 2024 hingga 26 Julai 2024 di Kaunter Hasil, MDKP pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat TIDAK BOLEH membeli dokumen tender.

5.    Bayaran dokumen Tender boleh dibuat secara Tunai, Kad Kredit/Debit atau Draf Bank (atas nama Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.    Tender ini akan ditutup pada 29 Julai 2024 (Isnin). Dokumen tender yang telah disempurnakan hendaklah dihantar ke dalam Peti Sebut Harga di Majlis Daerah Kuala Pilah, 72009  Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum atau pada tarikh tutup tawaran. Tender yang lewat diterima, tidak akan dipertimbangkan.

7.    Majlis Daerah Kuala Pilah tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebagainya atau memberikan apa-apa sebab sebab sesuatu tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab di atas segala kos perbelanjaan berhubung tender ini.