PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KEMPEN PASAR MALAM BERSIH DAN KEMPEN LARANGAN PENGGUNAAN PLASTIK 2026

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah melaksanakan Kempen Pasar Malam Bersih 2026 serta Kempen Larangan Penggunaan Plastik di Pasar Malam Melang sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan imej pasar malam agar lebih teratur, selesa serta mesra pengunjung.


Melalui kempen ini, semua peniaga digalakkan untuk :
i) Menjaga kebersihan kawasan perniagaan sebelum, semasa dan selepas operasi.
ii) Mengurus dan membuang sampah dengan teratur.
iii) Tidak meninggalkan barangan perniagaan di tapak selepas tamat berniaga.
iv) Mengurangkan serta mengelakkan penggunaan plastik sekali guna dalam urusan perniagaan.
v) Menggunakan bahan pembungkusan yang lebih mesra alam.
vi) Mematuhi arahan dan teguran yang dikeluarkan oleh pihak MDKP dari semasa ke semasa.

Para pengunjung juga diseru untuk bersama-sama menjayakan kempen ini dengan:
i) Mengamalkan sikap bertanggungjawab seperti membuang sampah di tempat yang disediakan,
ii) Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
iii) Membawa beg membeli-belah sendiri
iv) Sentiasa menjaga kebersihan kawasan pasar malam.

Kerjasama dan kesedaran semua pihak amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan lestari untuk dinikmati bersama. Pihak MDKP akan menjalankan pemantauan dan penilaian sepanjang tempoh kempen bagi memastikan objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Kerjasama semua peniaga amatlah dihargai dalam menjayakan usaha ini demi mewujudkan Pasar Malam Melang yang bersih, ceria, selesa, selamat dan lestari. Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan kebersihan dan mengurangkan penggunaan plastik demi menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.