22 Ogos 2025 (Jumaat) – Alhamdulillah, pertamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana petang Jumaat ini , dapat kita membentangkan Belanjawan 2026 Majlis Daerah Kuala Pilah di Arena Premier Boutique Hotel ini.
Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Majlis MDKP, Setiausaha MDKP dan Ketua-ketua Bahagian MDKP di dalam Belanjawan MDKP 2026 ini.
Perangkaan kewangan kali ini telah dirancang agar mencipta hubungan harmoni di antara barisan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah bersama komuniti Kuala Pilah. Mengeratkan silaturrahim, kerohanian yang mantap, pembangunan mampan, tadbir urus yang baik dan kesejahteraan penduduk adalah elemen yang dititikberatkan agar dapat diterap kepada semua pihak. Bersesuaian dengan gagasan ini, maka Tema Belanjawan 2026 Majlis Daerah Kuala Pilah yang dipilih adalah “MENYANTUNI RAKYAT, MEMPERKASA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH”
Diharap startegi yang dilakar untuk tahun hadapan, mempromosikan Majlis Daerah Kuala Pilah yang mampu terus mengukuhkan ekonomi, menguruskan kewangan dengan bijak dan semakin dekat kepada rakyat.


