7 Ogos 2025 (Khamis) – Majlis Daerah Kuala Pilah telah selesai membentangkan 2 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kepada pihak Malaysia Productivity Centre (MPC) di Arena Premier, Seremban. Bengkel ini telah diwakili oleh Encik Imran bin Aluwi, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MDKP dan Puan Noor Aniza binti Hassan, Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran MDKP.
Terdapat 2 pembentangan yang telah diutarakan kepada pihak MPC iaitu Meningkatkan Kecekapan dan Ketelusan Permohonan Sewa Gerai Di MDKP oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Aplikasi ini akan menjadikan,
1. Tranformasi Digital MDKP – Moden, Efisyen, alternatif pilihan drpd semakan dan peromohonan secara manual
2. Peningkatan Ekonomi Tempatan – peluang penyewaan gerai, aktiviti ekonomi mikro tempatan
3. Pengurangan Birokrasi – Pantas, telus, kurang kerumitan serta amala tidak adil
4. Pertambahan Hasil – Meningkatkan pengisian gerai dan menigkatkan bayaran sewa dan hasil MDKP
5. Penjimatan Masa – Cepat dan Real time. Mengurangkan masa pelanggan dan kakitangan
6. Peningkatan pengumpulan data – Analisis Data permohonan, perancangan strategik akan datang
Bagi Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam pula tajuk pembentangan ialah Meningkatkan Produktiviti Pengurusan Lesen Perniagaan Di MDKP:
1. Menjadikan sistem pelesenan lebih sistematik
2. Meningkatkan permohonan lesen yang diterima oleh MDKP
3. Permohonan dapat diproses dalam masa yang singkat
4. Penjimatan kos operasi : kurang keperluan kertas, dakwat, fail fizikal dan ruang simpanan
Penyertaan bengkel ini amat penting sebagai langkah akhir sebelum sesi penyerahan sijil dilaksanakan, yang akan berlangsung semasa Program MADANI Rakyat Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2025 nanti. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pegawai yang hadir di dalam bengkel ini bagi mewakili MDKP.


