Adalah dimaklumkan, Laluan Persekutuan FT051 Seksyen 28, Jalan Seremban – Kuala Pilah akan dilaksanakan satu kerja pembaikan roadbase dan permukaan jalan mulai jam 10.00 malam (8 Mac 2021) sehingga 6.00 pagi (14 Mac 2021)
Laluan ini akan kekal dibuka kepada trafik sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan dengan Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan) yang sesuai.
Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk memandu secara berhati-hati dan mematuhi papan tanda yang dipasang di kawasan kerja pembaikan tersebut.
Pengguna jalanraya boleh membuat pilihan menggunakan laluan alternatif seperti berikut:
Laluan Alternatif dari Seremban akan memasuki Laluan N29 (Persimpangan Perkampungan Budaya – Bandar Di Raja Seri Menanti) – Laluan N24 (Seri Menanti – Tanjung Ipoh) dan masuk semula ke FT051 (Persimpangan Pekan Tanjung Ipoh) untuk ke Kuala Pilah.
Jurutera Daerah,
JKR Daerah Kuala Pilah
(6 Mac 2021)
