Adalah dimaklumkan bahawa Kerja-Kerja Pembinaan Jejantas UTC Ampangan di laluan FT 051, Jalan Seremban – Kuala Pilah di Seremban, Negeri Sembilan sedang giat dilaksanakan. Sehubungan itu, laluan di hadapan UTC Ampangan akan ditutup sementara. Semua jenis kenderaaan akan dilencongkan sementara bermula pukul
10.00 malam sehingga 6.00 pagi pada 3hb Februari 2021 sehingga 5hb Februari 2021 mengikut laluan alternatif seperti ketetapan berikut.
Bagi pengguna jalan raya dari Kuala Pilah yang ingin ke Bandar Seremban boleh mengikuti laluan alternatif Jalan Tok Dagang dan Jalan Paroi – Senawang. Bagi pengguna dari Seremban ke Kuala Pilah boleh mengikuti laluan alternatif melalui Jalan Tok Dagang atau LEKAS.
Oleh yang demikian, pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui lokasi berkaitan dan patuhi papan tanda lalu lintas.
Sekian, harap maklum.
