Penyampaian Hadiah Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025

1 November 2025 (Sabtu)

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah mengadakan penyampaian hadiah kepada 10 pembayar Cukai Taksiran Terbaik (Top 10 Cukai Taksiran MDKP). Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025 ini telah dilaksanakan pada 11 Jun 2025 (Rabu) melalui Siaran Langsung Facebook Rasmi MDKP.

YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, turut meluangkan masa untuk menyempurnakan cabutan bertuah kepada penerima terpilih. Langkah ini merupakan tanda penghargaan kepada para pembayar cukai yang sentiasa menyokong usaha pembangunan serta kemajuan daerah Kuala Pilah. Komitmen dan tanggungjawab anda semua menjadi tunjang kepada keberkesanan perkhidmatan MDKP dalam menyediakan kemudahan dan persekitaran terbaik buat rakyat.

Pada majlis tersebut, 10 penerima utama telah menerima hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang menunaikan tanggungjawab mereka. Tahniah diucapkan kepada Encik Lim Kwong Meng, penerima Hadiah Utama – sebuah motosikal Modenas Kriss 110CC (MJ110F).

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.