Penyampaian Sijil Penghargaan Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB)

23 Ogos 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah di Program Madani Rakyat hari ini MDKP menerima pengiktirafan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan disampaikan oleh Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bagi 2 projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) melibatkan Mempercepat Proses Kelulusan Permohonan Sewa Gerai dan Mempercepat Proses Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan di MDKP.

Setinggi tahniah kepada Ketua Kumpulan Encik Imran bin Aluwi dan pasukan Puan Noor Aniza binti Hassan serta pasukan MDKP. Semoga terus berinovasi bagi memudahkan rakyat.

image
image
image