Alhamdulillah, Setiausaha MDKP, Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary bersama-sama dengan Ketua Bahagian Perancang Bandar dan Landskap telah turun padang membuat lawatan tapak pada 22 Oktober 2025 (Rabu) bagi melihat sendiri projek-projek pembangunan di bawah Majlis Daerah Kuala Pilah. Terdapat beberapa projek yang telah beliau lawati iaitu :
TAJUK :
Penyelenggaraan dan Naik Taraf Alatan Permainan Kanak-Kanak serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 – Peruntukkan dari Bahagian Kerajaan Tempatan SUKNS NS – RM138,200.00.
Taman-taman yang terlibat ialah:
1. Taman Seri Ulu Bendul
2. Taman Seri Alam (FASA 1,2,4)
3. Rumah Rakyat Juasseh Tengah
4. Taman Seri Terachi
5. Taman Desa Permai Juasseh
6. Taman Pilah Jaya
7. Taman Desa Melang
8. Taman Permainan Kg Budaya Terachi
Setinggi terima kasih di atas kelulusan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Kepimpinan YAB Dato Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Insyaallah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Setiausaha MDKP bersama Ahli-ahli Majlis dan barisan pegawai berkaitan akan terus memantau pelaksanaan projek-projek yang telah pun siap, sedang dilaksanakan dan projek baru agar ianya memberikan keselesaan dan kemudahan kepada Warga Kuala Pilah.





