
Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Kuala Pilah telah selesai dengan jayanya di Dewan Dato Bahaman Shamsudin. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Puan Nawal Binti Mohamed Amin telah menyampaikan amanat bulanan kepada seluruh Ketua Bahagian, Pegawai dan kakitangan Warga Majlis Daerah Kuala Pilah.
Perhimpunan bulanan kali ini adalah perhimpunan buat kali terakhir bagi Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP. Beliau telah berkhidmat di Majlis Daerah Kuala Pilah dari 1 September 2020 hingga 3 Mac 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Tuan atas segala jasa, dedikasi dan komitmen sepanjang berkhidmat bersama kami di MDKP.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Tuan Amin bukan sahaja seorang Setiausaha yang berdedikasi, malah seorang pemimpin yang sentiasa memberi inspirasi, bimbingan serta sokongan kepada seluruh warga organisasi. Segala ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar Tuan akan sentiasa kami kenang. Perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi permulaan kepada satu perjalanan baharu yang lebih gemilang.
Perhimpunan diakhiri dengan majlis sambutan hari lahir bagi Warga Majlis yang meraikan hari lahir pada bulan Februari 2026. Terus maju Pilah. This is Pilah.