

Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Kuala Pilah telah selesai dengan jayanya di Dewan Dato Bahaman Shamsudin. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Puan Nawal Binti Mohamed Amin telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh Ketua Bahagian, Pegawai dan kakitangan Warga Majlis Daerah Kuala Pilah serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.
Perhimpunan bulanan kali ini adalah perhimpunan yang istimewa kerana Majlis Daerah Kuala Pilah telah bergabung dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah bagi menjayakan perhimpunan ini. Akhir kata, marilah kita sama-sama terus memberikan komitmen dan khidmat yang terbaik demi perkhidmatan awam yang cemerlang, berintegriti dan berkesan. Semoga setiap usaha yang kita laksanakan diberkati serta mendapat keredaan Allah SWT.