Pertandingan AINS Inovasi Penciptaan Baharu (e-SEKAT) 2025

4 November 2025 (Selasa) – Tahniah diucapkan kepada Pasukan MDKP1 diatas kejayaan tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM2,000.00 beserta trofi di dalam pertandingan AINS Inovasi Penciptaan Baharu (e-SEKAT) 2025.

E-SEKAT ialah satu kaedah dan proses automasi berpusat bagi membuat senarai hitam tunggakan hasil untuk membolehkan segala tunggakan dibayar terlebih dahulu sebelum proses memperbaharui lesen perniagaan MDKP. Tujuan inovasi ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi, berjaya mengurangkan tunggakan hasil yang lama, meningkatkan hasil kutipan dan meningkatkan ketelusan dan mendorong pematuhan.

Syabas dan tahniah kepada Ketua Kumpulan e-SEKAT Encik Imran bin Aluwi, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan ahli-ahli pasukannya. Semoga budaya inovasi ini terus subur dan menjadi tunjang kepada kemajuan Negeri Sembilan yang lestari, berdaya saing dan berjiwa insan.