9 Ogos 2025 (Sabtu) – Kuala Pilah kali ini menjadi tuan rumah bagi siri pendakian Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge, dengan Bukit Baginda tampil sebagai mercu cabaran utama.
Majlis perasmian di Kem Pusako Hassan Basir disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Mustapha Nagoor, EXCO Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan, dengan kehadiran YB Dato’ Nooranita Begum binti Ibrahim, EXCO Wanita, Keluarga & Masyarakat, serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan daerah. Turut hadir memberikan sokongan penuh, Puan Pegawai Daerah Kuala Pilah.
Lebih 1,500 peserta mengambil bahagian dalam acara ini, yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti demonstrasi masakan tradisional, pertandingan mewarna, pertandingan memasak, jualan Rahmah MADANI, jualan Negeri Sembilan Prihatin, gerai tempatan, pameran agensi dan senamrobik.
Syukur, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden kecederaan serius. Ucapan terima kasih disampaikan kepada semua jabatan, agensi dan individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan acara ini.