Alhamdulillah, telah selesai Program Familiarisation Trip (Fam Trip) Daerah Kuala Pilah anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) pada 16 Ogos 2025 – 17 Ogos 2025 (Sabtu dan Ahad) bersempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 akan datang. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah bersama-sama Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah telah berganding bahu bagi menjayakan program ini.
Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan produk pelancongan, kebudayaan serta tarikan unik di daerah Kuala Pilah bagi menyokong Kempen TMNS 2026 pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung bagi mempromosi kan produk-produk pelancongan di Daerah Kuala Pilah.


