Program Perasmian Taman Madani : Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah

26 November 2025 (Rabu) – Program Perasmian Taman Madani : Taman Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Program ini adalah simbolik kepada komitmen Majlis Daerah Kuala Pilah dalam menyediakan ruang awam yang selesa, mesra komuniti, serta berteraskan prinsip pembangunan mampan. Taman Madani bukan sekadar landskap cantik, tetapi turut menyatukan elemen alam semula jadi, budaya, sosial dan rekreasi untuk manfaat semua lapisan masyarakat. Pembangunan taman ini selaras dengan aspirasi kita untuk menjadikan Kuala Pilah sebuah bandar yang hijau, dan bersih.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, EXCO Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan yang sudi merasmikan Program Perasmian Taman Madani : Taman Rekreasi Ulu Bendul pada pagi ini. Turut hadir bersama Encik Md Zaimi bin Zainudin, Pengarah Bahagian Pengurusan Landskap, Encik Mohd Khaizal bin Maarip, Pengurus Projek PlanMalaysia Zon Selatan, Puan Nawal binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP, Setiausaha MDKP, Ahli-ahli Majlis MDKP dan Ketua-ketua Bahagian MDKP.

MDKP ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan pembangunan Taman Madani ini. Semoga taman ini menjadi ruang riadah yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kuala Pilah dan pengunjung. Bersama-sama kita menjaga infrastuktur ini dan keindahan taman rekreasi ini bagi menyambut Tahun Melawat Negeri Sembilan pada tahun hadapan.