WAKTU BEROPERASI:
- Pasar Pagi: 6.00am – 11.00am
- Pasar Malam: 4.00pm – 10.00pm
- Pasar Terbuka: 5.00pm – 11.00pm
KEDUDUKAN LOT/PETAK PENIAGA
- 1.5 meter antara satu sama lain
KAWASAN LALULINTAS DAN PEMBERSIHAN
- Kawalan akan dilakukan oleh Ketua Tapak Pasar Malam dan dibantu oleh Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Pilah
- Mewujudkan laluan keluar dan masuk
- Pembersihan akan disinfeksi akan dilakukan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah setiap kali pasar selesai beroperasi
KONSEP JUALAN
- Hanya dibenarkan beroperasi secara bungkus (Take Away) sahaja
KAWALAN OPERASI DAN PENGUATKUASAAN
- Tindakan kompaun, sitaan peralatan perniagaan dan penutupan serta merta boleh dilakukan jika sekiranya pelesen/peniaga gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan
KAWALAN KEMASUKAN PENGUNJUNG
- Pengunjung wajib membuat saringan suhu badan, menggunakan “hand Sanitiser” dan memakai “face mask“
- Pengunjung yang mempunyai suhu melibihi 37.5ºC dilarang sama sekali memasuki kawasan perniagaan
- Pengunjung wajib mencatatkan nama dan nombor telefon dalam buku pendaftaran bagi tujuan “Contact Tracing”
- Pengunjung tidak terlibat sebagai (Patient Under Investigation) atau perintah kuarantin
- Hanya dua (2) orang sahaja bagi satu keluarga sahaja dibenarkan memasuki kawasan perniagaan
- Pengunjung mestilah berumur 13 tahun dan ke atas sahaja
- Pengunjung wajib menjaga penjarakan sosial dan beratur mengikut garisan jarak sosial yang telah disediakan oleh penganjur
- Digalakkan berurusniaga secara “cashless“
- Laluan pengunjung dalam kawasan perniagaan adalah berbeza antara laluan masuk dan keluar
PELESEN
- Pelesen adalah diwajibkan mengambil khidmat warganegara sahaja sebagai pembantu jumlah maksima dibenarkan adalah 2 orang sahaja