Cukai Taksiran

Cukai Taksiran (juga dikenali sebagai Cukai Pintu) ialah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti majlis perbandaran atau majlis daerah ke atas pemilik harta, sama ada untuk kediaman, perniagaan mahupun industri. Pengenaan cukai ini adalah berlandaskan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Bil Cukai Taksiran dikeluarkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai.
Tarikh akhir pembayaran adalah pada:

  • 28 Februari untuk bil Januari
  • 31 Ogos untuk bil Julai

Kegagalan membuat pembayaran selepas tarikh akhir akan menyebabkan:

  • Caj Kos Notis Tuntutan (Borang E) sebanyak RM20.00
  • Tunggakan cukai dimasukkan ke dalam bil
  • Tindakan undang-undang, termasuk penyitaan dan lelongan harta oleh Mahkamah

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) turut menyediakan pelbagai saluran pembayaran secara dalam talian bagi memudahkan orang awam menjelaskan Cukai Taksiran, antaranya:

  • PBTPay
  • N9Pay
  • Perbankan Internet
  • POS Online 
  • JomPAY