Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2025 yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

31 Ogos 2025 (Ahad) – Alhamdulillah, Majlis Daerah Kuala Pilah telah turut serta menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2025 yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Dengan semangat patriotik yang membara, kami melangkah megah sebagai satu pasukan — demi tanah air tercinta. Ini bukan sekadar acara, tapi detik bersejarah yang terpahat di hati seluruh warga kerja Majlis Daerah Kuala Pilah.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen dan kebanggaan warga kerja Majlis Daerah Kuala Pilah dalam menyemai nilai patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.

🇲🇾 “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni” 🇲🇾

🌺

Berkibar megah Jalur Gemilang,

Semangat waja takkan goyah,

Kami bersatu melangkah gemilang,

Demi Malaysia tercinta dan berdaulat megah.

image
image
image
image
image