5 September 2025 (Jumaat) – Sambutan Maulidur Rasul 2025 Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah berlangsung dengan jayanya di Padang Majlis Bandaraya Seremban.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, telah menyerikan lagi majlis ini. Baginda berdua turut diiringi oleh YAM Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz. Majlis telah disempurnakan dengan titah serta perasmian oleh Baginda Tuanku.
Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) turut menyertai perarakan dengan kekuatan kontijen seramai 45 orang, diketuai oleh Setiausaha MDKP, Encik Amin Jamail bin Thamimul Ansary. Kehadiran Yang Dipertua MDKP, Puan Nawal binti Mohamed Amin, memberikan sokongan dan dorongan kepada kontijen bagi mengimarahkan selawat sepanjang perarakan.
Tema sambutan tahun ini, “Membangun Ummah Madani”, menekankan kepentingan membina masyarakat yang seimbang antara kemajuan material dan kekuatan nilai murni, berteraskan keadilan, belas ihsan dan kesejahteraan.



