1. Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah yang masih sah bagi menyertai sebutharga kerja-kerja di bawah:
|
Bil. |
Rujukan MDKP |
No. Sebut Harga |
Projek |
Pengkhususan |
Tarikh Tutup/ Jam |
Gred/Kod Bidang |
|
|
1 |
MDKP 647/09/00/040/22 |
S26/2022 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK-POKOK DI TAMAN BAHAGIA DELIMA DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN |
CE14 |
13/04/2022 |
G1 |
|
|
2 |
MDKP 647/09/00/041/22 |
S27/2022 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK-POKOK DI TAMAN RASA SAYANG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN |
CE14 |
|||
|
3 |
MDKP |
S28/2022 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK-POKOK DI TAMAN DESA MELANG FASA 2 DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN |
CE14 |
|||
2. Lawatan Tapak :
Tarikh : 06/04/2022 ( Rabu)
Pendaftaran : 9.00 pagi — 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bandaran MDKP
3. Syarat
3.1 Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan syarikat yang hadir hendaklah melapor diri pada tempat, masa dan tarikh yang ditetapkan.
3.2 Hanya nama-nama dalam sijil sahaja layak menyertai.
3.3 Semua butiran Sebutharga boleh didapati semasa waktu pejabat di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Kuala Pilah.
3.4 Hendaklah membawa sijil-sijil asal CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang sebutharga di Kaunter, MDKP
3.5 Bagi syarikat yang tidak mempunyai pengkhususan seperti yang ditetapkan hendaklah mendapat kebenaran khas jika ingin menyertai sebutharga.
4. Dokumen Sebutharga
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar : RM 50.00 ( Lima Puluh Sahaja)
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 06/04/2022 ( Rabu) bermula 2.00 petang sehingga 12/04/2022 (Selasa)
5. Tarikh Tutup
13/04/2022 (Rabu) jam 12.00 tengahari. Sebutharga hendaklah disertakan dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
6. Syarikat yang memasuki Sebutharga adalah DILARANG MEMBUAT PAKATAN HARGA/KARTEL bagi sesuatu perolehan.
7. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebutharga yang tidak berjaya.