Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebutharga berikut:
|
Bil. |
No. Rujukan |
Butiran Tawaran |
Pengkhususan |
Harga Dokumen |
Tarikh Tutup |
|
1.
|
MDKP 193/10/2022-
|
MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHANTAR DAN MENTAULIAHKAN SATU UNIT TAILGATE 1.5 TON PADA LORI PENGUATKUASA |
110104
|
RM50.00
|
25.10.2022 Tengah hari |
2. Syarat:
2.1 Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh tutup sebutharga layak menyertai tawaran sebutharga.
2.2 Hendaklah membawa sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di Kaunter Hasil MDKP.
2.3 Mempunyai kod bidang: 110104 – Lori , dan 110302 – Alatganti / Aksesori Jentera Berat
2.4 Membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebut harga.
2.5 Pemalsuan butiran di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebutharga dan Dokumen Berkaitan seperti SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adalah tidak layak dan terbatal.
2.6 Dokumen sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. MDKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak akan terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
3. Lawatan tapak
Tarikh : 18.1 0.2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Stor MDKP, Ulu Maasop
4. Dokumen
4.1 Harga dokumen sebut harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 18/10/2022 hingga 21/10/2022.
5. Tarikh tutup : 25/10/2022, jam 12.00 tengah hari.
Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan SSM dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah serta dimasukkan ke dalam peti tender MDKP.
6. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau mana-mana sebut harga yang berpatutan.